Thursday, January 13, 2011

Tabung Haji

Salam,

Tabung haji akan mengumumkan bonus kepada pendepositnya dalam masa yang terdekat. Adalah diharapkan bonus pada kali ini lebih tinggi dari tahun sebelumnya(5%). Berita baik bagi pendeposit tabung haji yang mempunyai akaun dengan Bank Islam dan Bank Rakyat. Pengeluaran wang dari akaun tabung haji boleh menggunakan kad atm kedua-dua bank tersebut tanpa had.

Adalah lebih baik agar kita memasukkan wang gaji ke dalam akaun tabung haji kerana bonusnya lebih tinggi dari duit yang disimpan di bank-bank.

1% setahun berbanding tabung haji 5%

kiraan bonus bagi tabung haji adalah berdasarkan baki terendah setiap bulan.


selamat menyimpan

Tuesday, January 11, 2011

Jimat Dengan Kad Mesra Petronas

Salam,

Perbelanjaan harian minyak dapat dijimatkan dengan menggunakan Kad Mesra Petronas. Saya telah mencuba menggunakannya baru-baru ini.

i.Masukkan kad dalam terminal dan isi minyak

Kiraan berdasarkan jumlan point yang ada contohnya :

1000 point =RM10


Selamat berjimat...