Sunday, July 24, 2011

REITS

Kebanyakkan kita masih tidak mengetahui berkenaan dengan REITS (Real Estate Investment Trust - REIT). Pendapatan hasil dari sewaan bangunan akan dipulangkan kepada pemegang REITS dalam bentuk dividen dan dibayar sebanyak (2-4) kali setahun bergantung kepada REITS.

Bursa Malaysia menawarkan pelbagai REITS yang boleh dibeli seperti mana membeli saham biasa. Harga saham REIT biasanya stabil.

Bagi yang berminat melabur dalam REITS sila buka akaun CDS dahulu.

Tuesday, July 19, 2011

PNB lancar AMB Dana Aqeel

Ada baiknya kita melabur sebahagian duit dalam unit amanah yang memenuhi shariah dan pulangan yang kompetitif..selamat melabur

PNB lancar AMB Dana Aqeel

Mukhriz Tun Mahathir mengambil risalah AMB Dana Aqeel sambil diperhatikan Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Hamad Kama Piah Che Othman semasa pelancaran dana itu di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 9 Mac - Amanah Mutual Bhd. (AMB) milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini melancarkan produk terbarunya AMB Dana Aqeel, dana pelindungan modal Islam dengan saiz permulaan 300 juta unit.

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, AMB Dana Aqeel, sebuah dana tertutup, diperkenalkan sebagai mengambil kesempatan daripada peningkatan permintaan para pelabur untuk melabur di dalam produk seumpama itu.

"Kami berpendapat sekarang masa yang tepat untuk memperkenalkan produk seumpama ini secara beransur-ansur kerana terdapat permintaan daripada negara-negara seperti Singapura, Hong Kong, Perancis dan Korea yang menyedari potensinya," katanya dalam temu bual sempena pelancaran dana tersebut di sini.

AMB Dana Aqeel bernilai 50 sen seunit, merupakan pelaburan yang mempunyai tempoh matang selama tiga tahun iaitu sehingga 22 April 2010.

Unit-unit dana dibuka untuk langganan individu tempatan dan asing termasuk pelabur institusi, selama 45 hari mulai hari ini dengan AMB mempunyai pilihan untuk menerbitkan lagi dana berjumlah 150 juta unit jika dana awal dilanggan sepenuhnya.

Pelaburan minimum adalah RM1,000 untuk pelabur individu dan RM5,000 untuk institusi dan koporat.

Penanda aras dana itu ditetapkan berdasarkan kadar 12 bulan Akaun Pelaburan Am bank-bank komersial yang kini pada kadar 2.74 peratus.

Hamad Kama Piah berkata, AMB akan melancarkan lebih banyak produk Islam sejajar dengan hala tuju masa depan PNB membangunkan lebih banyak perniagaan kewangan Islam untuk anak-anak syarikat,

Beliau yakin AMB Dana Aqeel bakal mendapat sambutan baik daripada para pelabur yang berminat untuk memiliki dana pelindungan modal Islam di dalam portfolio pelaburan mereka.

"Kami mengkaji terlebih dahulu melalui perbincangan dengan pelbagai pengurus dan pengedar pelaburan tentang jenis dana yang paling menarik untuk pelabur.

"Ketika ini apabila kebanyakan pelabur menghadapi halangan berikutan krisis kredit global, dana Islam yang melindungi modal adalah paling sesuai untuk kebanyakan portfolio pelabur," ujarnya.

Dana berkenaan mematuhi empat prinsip Syariah untuk pelaburan Islam iaitu bukan pelaburan yang Gharar (tidak telus), riba dan urus niaga yang mempunyai akad dan aset ketara sebagai subjek pelaburan.

Katanya, ''Dana baru ini akan melabur sekurang-kurangnya 85 peratus daripada portfolionya di dalam Sukuk manakala baki 15 peratus lagi dalam ekuiti pelbagai Syariah yang setara tunai".

''Dana Aqeel sesuai untuk para pelabur yang mahu melabur dalam instrumen berisiko rendah dan sederhana dengan pulangan munasabah yang boleh didapati menerusi pelaburan dalam sekuriti berasaskan Syariah," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pada majlis pelancaran dana itu berkata, unit amanah berlandaskan Syariah menyaksikan pertumbuhan signifikan dalam industri pengurusan dana dan unit amanah serta pasaran modal Islam secara amnya.

Pertumbuhan produk dalam industri tersebut tumbuh secara luar biasa iaitu daripada 17 produk pada 2000 tetapi kini bertambah kepada 144 produk dalam kategori ekuiti dan bon atau 26.6 peratus daripada 548 produk yang ditawarkan oleh 39 syarikat pengurusan unit amanah sehingga 31 Disember lalu.

Nilai aset bersih produk berkenaan mencecah RM22 bilion daripada jumlah keseluruhan RM200 bilion membabitkan 56.8 peratus bilion unit daripada 278.8 bilion unit dalam industri yang mewakili 1.781 juta akaun.

''Sejak 10 tahun atau lebih, unit amanah berlandaskan Syariah meningkat kira-kira 38 peratus manakala perkembangan unit amanah industri secara keseluruhan berkembang kira-kira 18 peratus,'' kata beliau lagi.

Wednesday, July 13, 2011

Sold Farlim@ RM0.30

sold Farlim share@RM0.30
profit 13.8%