Seharusnya anda mula menabung daripada pendapatan seawal yang mungkin kerana asas kepada pelaburan memerlukan tabungan dahulu. Contohnya jika kita mula bekerja pada umur 23 tahun maka sebaiknya mulakan tabungan daripada gaji pertama anda lagi.
Gaji RM 2000. Simpan Rm200 pada setiap bulan.
Elakkan membuat hutang jika baru bekerja kerana hutang akan menjejaskan tabungan kita. Ramai antara kita mula berhutang seperti membeli kereta atau membuat pinjaman peribadi sedangkan baru bekerja setahun dua hatta tidak sah lagi jawatan.
Tahukan anda ? Jika membeli kereta yang berharga RM50000 anda memerlukan RM5000 sebagai deposit bayaran dan bayran bulanan RM500++ pada setiap bulan tidak termasuk duit minyak serta maintenance kereta. JIka bergaji RM2000 sebulan setelah ditolak RM 550 ansuran bulanan RM250 minyak dan RM250 penyelenggaraan kereta kita hanya tinggal lebih kurang RM1000. Ini tidak termasuk duit sewa rumah dan makanan/kad kerdit dan lain-lain.
Adalah lebih baik kita membeli rumah kos murah/sederhana pada awal kerja agar dapat menambahkan lagi aset kita. RUmah harga RM70000, sebulan tak sampai RM500 pun ansuran kerana insuran dan tempoh yang lama.
Apa yang penting tambah aset jangan tambah liabiliti.
kereta yang dibeli akan turun harga....
rumah yang dibeli akan naik harga
No comments:
Post a Comment