Showing posts with label amal kebaikan. Show all posts
Showing posts with label amal kebaikan. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

UPDATED : Derma Surau Iskandar Bistari Seri Iskandar Perak

Assalamualaikum

enteri terdahulu :



Alhamdulilah surau iskandar bistari sudah boleh digunakan dan proses akhir untuk pembinaan. Masih diperlukan dana untuk kerja-kerja akhir pembinaan dan pembelian peralatan surau. Marilah kita menambah pahala akhirat sementara masih ada ruang ini.Terima kasih atas derma anda semua.

Sunday, March 18, 2012

Akaun Gaji Syariah ker ?

Salam Semua

Pernahkah anda terfikir akaun manakah yang gaji anda masuk ? Banyak antara kita tidak endah tentang perkara ini. Saya sarankan anda membuka akaun Islamic bagi kemasukan gaji.

Bagi setiap duit yang masuk ke akaun Islamik maka pada setiap tahun bank akan mengeluarkan zakat. Haram menggunakan akaun konvensional bagi orang Islam.

Bertukarlah sekarang:

akaun wadiah/mudharabah
Islamic Bank (i.e Bank Islam, Maybank Islamic, Al Rajhi, Bank Rakyat dll)

Setiap amalan ada ganjarannya..


What Is An Islamic Bank Account?
Governed by islamic principles. This means no interest is paid, but fixed amounts are paid for savings, which actually are consistent with current interest rates.

They also don't use the deposits for loans for things islam doesn't agree with, like alcohol, pork and adult stuff.

Thursday, December 1, 2011

Jom Berzakat

Assalamualaikum
Tuan/puan,

Salam Maal Hijrah 1433. Semoga mendapat keberkatan Allah. Marilah kita semua berzakat dengan membuat potongan gaji. Ramai antara kita boleh membeli rokok RM10 sekotak atau membeli tiket wayang tetapi hendak membuat potongan Rm10 sebulan pun payah. Ingatlah zakat itu banyak manfaatnya.

Disertakan borang potongan zakat Majlis Agama Islam Perak (yang masih rendah kutipan zakatnya walaupun negerinya besar) bagi yang berminat. Mudah sahaja isi dan hantar ke unit gaji masing-masing.

Harap disampaikan kepada kawan-kawan lain
Sekian, terima kasih.

Hadis
"Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya KECUALI tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, serta doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya" (Hadith Riwayat Bukhari,Tirmidzi & an-Nasai')

Wednesday, December 16, 2009

Sedekah Membawa Berkat

Salam


Pendapatan yang kita perolehi hendaklah dikeluarkan zakat. Zakat ini akan menyucikan harta kita. Dengan mengeluarkan zakat maka keberkatan rezeki kita akan terjamin. Hendaklah membayar zakat/sedekah walaupun sedikit dan yakin Allah akan membalas segala kebaikan yang kita lakukan di dunia atau di akhirat kelak.

Paling kurang pun seminggu sekali sedekahlah kepada tabung-tabung masjid setiap hari jumaat RM5,RM10 atau RM1 yang penting ikhlas. Sedekah menambah pahala kita.

Moga ada manfaat