Friday, February 3, 2012

Tabung Haji Umum Bonus 6 Peratus Buat Pendeposit 2011

Tabung Haji Umum Bonus 6 Peratus Buat Pendeposit 2011


Lembaga Tabung Haji Malaysia pada Jumaat 3 Januari 2011, mengumumkan kadar bonus sebanyak enam peratus bagi tahun 2011 yang akan diterima pendeposit mulai hari Rabu depan. Pendapatan Tabung Haji pada 2011 juga meningkat kepada RM2.2 bilion berbanding RM2.06 bilion pada tahun sebelumnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, angka itu melibatkan pembayaran bonus sebanyak RM1.67 bilion, meningkat 25 peratus berbanding RM1.33 bilion pada tahun sebelumnya. Tabung Haji memperuntukkan zakat perniagaan sebanyak RM44 juta berbanding RM 41 juta pada tahun sebelumnya.SUMBER

Sumber-sumber pendapatan Tabung Haji bagi 2011 adalah daripada pelaburan ekuiti yang menyumbang sebanyak 58 peratus, sekuriti hutang (15 peratus), hartanah (9 peratus), pasaran wang (7 peratus), pembiayaan (6 peratus), instrumen kewangan (4 peratus) dan lain-lain sumber ialah satu peratus. Maklumat lanjut anda boleh melayari www.tabunghaji.gov.my

No comments: